Thursday, January 1, 2015

Naked Trader - Support dan Resistance

Naked Trader pada asasnya perlu fahami perkara berikut:

Support dan Resistance adalah konsep yang perlu difahami oleh setiap Naked Trader. Ia amat powerful dan paling sering diguna oleh price action trader.

Support macam Lantai. Resistance pula macam Siling.

Semasa uptrend; apabila price mendaki; akan berlaku dimana price akan membuat U-Turn apabila mencecah puncak. Apabila price mencecah puncak, price membuat U-turn yang juga dikenali sebagai Retracement. Retracement ialah situasi dimana price turun 'sementara' sebelum meneruskan pendakian.

Kemungkinan atau Andaian yang perlu dipegang oleh setiap trader semasa Up Trend iailah:

  1. Price mendaki, membentuk puncak dan membuat U-Turn. Level tertinggi pada puncak ini dikenali sebagai HH (higher high). Level ini akan 'dipecahkan' selagi uptrend 'intact'. Level HH ini dikenali sebagai Resistance.
  2. Pada level HH dan price membuat U-Turn. Proses ini dinamakan Retracement bukannya Trend Change. Proses retracement ini hanya sementara. Proses retracement 'valid' selagi price tidak pecahkan Level HL yang sebelumnya. Wajib untuk tunggu CRS. Proses pembentukan CRS sebelum price meneruskan pendakian membentuk HL yang baru. Level HL ini dikenali sebagai Support. Pembentukan CRS bermakna; kemungkinan untuk 'pendakian uptrend diteruskan' dan Level HH akan dipecahkan.
Kita boleh simpulkan disini bahawa "resistance" dan "support" ialah level dimana kita labelkan H,L,HH,HL atau L,H,LL,LH dan seterusnya.

  1. Selepas price membentuk HL yang baru. Price menerusnya pendakian dan ' breakouts' berlaku di HH @ Resistance @ Puncak.Breakouts ini mencipta 'high' yang baru.
  2. Apabila 'breakout' berlaku price membentuk puncak yang baru iaitu New HH. Sifat atau fungsi Resistance pada level 'breakouts' ini terhapus. Dan sifat Resistance bertukar menjadi Support. 
  3. Apabila price mendaki tinggi selepas breakouts. Puncak yang baru terbentuk iaitu New HH. Sekali lagi price akan membuat U-Turn. Proses ini dinamakan retracement. Level breakouts dinamakan RBS; resistance become support. Level RBS merupakan zone yang berkemungkinan retracement akan berakhir. Maka price action trader; menunggu CRS di level ini. RBS juga merupakan level dimana price action trader intai peluang untuk BUY 

Konsep untuk Downtrend ialah sebaliknya..

No comments: